Tuesday, November 24, 2009

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

"Tak baca bismillahlah tu!".

Terngiang-ngiang suara opah yang menyindirku suatu ketika dahulu. Waktu itu aku masih dibangku sekolah rendah dan apabila ada kelapangan cuti akanku habiskan di kampung kelahiranku.

Pada hari itu, aku berkejaran untuk mengikuti kak long ke kampung yang berdekatan. Akibat terlalu gopoh dan terburu-buru, semasa menuruni tangga rumah opah yang agak curam dan tinggi, aku terjatuh sehingga ke tanah.

Aku tidak mengalami kecederaan serius, cuma hidungku berdarah di muncungnya. Kesannya aku mendapat satu tanda sehingga hidungku baik beberapa minggu kemudian.

Sedih bila terkenangkan waktu itu, aku yang suka meneroka tak dapat untuk mengikuti kak longku.

Sesungguhnya, sebagai umat islam sendiri telah mengajar kita untuk memulakan setiap perkara dengan ;

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
" Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani "
Al-Fatihah : 1

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya" Al-e-Imran : (2)

Allah sentiasa Pemurah dan Maha Mengasihani bagi sesiapa yang sentiasa mengingati-Nya, Insyallah :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment