Tuesday, December 22, 2009

Nur Di Hati

Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri

Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan

Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

Thursday, December 17, 2009

Kupohonkan seribu 1...

Assalamualaikum,


Maal Hijrah 1431

Seribu 1 keampunan kupohonkan untuk seribu 1 pengorbanan, seribu 1 pengalaman baru, seribu 1 perjuangan yang belum terlaksana, seribu 1 langkah yang terkadang tersadung dalam seribu 1 titian menuju Firdausi Allah. Moga diri ini dan sekalian Ummat Nabi Muhammad menyambutnya dengan seribu 1 Penghijrahan kemuliaan dan keimanan. Jadikan penutup tahun ini dengan doa kepada Pencipta kita, moga Redha Allah sentiasa bersama. Taubat dan ampun kami yang tak terhingga pada-Mu, kerna kami, telah berbuat dosa pada-Mu ya Allah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah,apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu,maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala maka kami pohonkan Ya Allah,Wahai Tuhan yang Maha Pemurah,wahai empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah kami terhadapMu. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam."

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



"Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam keatas junjugan kami,Muhammad saw ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.Ya Allah,Engkaulah yang abadi,yang qadim dan yang awal. Dengan limpah kurniaMu yang besar dan sifat PemurahMu yang sejati tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohon kepadaMu kepeliharaan kami daripada syaitan yang direjam,para penolongnya dan tentera-tenteranya. dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dalam amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir-hampirnya. Wahai Tuhan empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang paling mengasihi diantara yang mengasihani. moga Allah mencucuri Rahmat ke atas junjungan kami Muhammad saw,ahli keluarganya dan sahabatnya dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin...Wahai Tuhan pencipta alam.

Wednesday, December 16, 2009

TABARRUJ @ Berhias


MUQADDIMAH

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj). Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah an-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud:

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”
(an-Nur: 31)

bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.
Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Janganlah menampakkan perhiasan”
(an-Nur: 31).

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.

Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala 3 rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.

Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.
Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.

Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!

Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud;

“Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (an-Nur: 31).

Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan.

Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)

Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.

Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan. Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana di luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada teguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.

Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allah s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggotaanggota tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi, umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan. Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarang kemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untuk dipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapat menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.

Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki. Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pula bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapkah yang tidak terbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allah s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan)
pandangan dan memelihara kemaluannya…….”
(an-Nur: 30)

Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dengan firmanNya:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya…..”

Analisa ini semua ialah: Pandangan boleh membawa kepada zina

Tuesday, December 15, 2009

Monday, December 7, 2009

Kelambu Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

...Senyum :)...