Tuesday, May 12, 2009

~"MA'ALIM FI-TTARIQ"~

Petunjuk Sepanjang Jalan
Umat manusia sekarang berada di tepi jurang kehancuran. keadaan ini bukanlah perpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan ini ialah : bankrup dan melesetnya umat manusia itu di bidang 'nilai' yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangya sudah tidak punya apa pun 'nilai' yang dapat diberinya kepada umat manusia, malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri. Untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi, setelah sistem 'demokrasi' nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebangkrupan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya dibidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme

Demikian juga halnya di negara-negara blok timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia dinegara-negara blok Timur itu- dan malah dinegara blok-blok barat juga - Dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi 'teori' hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas dalam soal-soal 'sistem kenegaraan' sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan ditaktor.

Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun telah mulai nampak kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu, telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimport gandum dan bahan-bahan makanan serta menjual emas simpanannya untuk membeli makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.Oleh itu, umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru!.

Sesungguhnya peranan pimpinan manusia barat keatas umat manusia ini telah hampit tamat. Ini bukanlah tamaddun Barat itu telah bankrup dan dari segi benda atau telah lemah dari segi ekonomi dan kekuatan tentera, tetapi sebenarnya kerana sistem Barat itutelah tamat tempohnya sebab ia tidak lagi mempunyai stok 'nilai' yang melayakkan dia memegang pimpinan.

Umat manusia perlukan suatu pimpinan yang mampu menyambung terus tamadun kebendaan seperti yang telah dapat dicapai sekarang melalui tamaddun cara Eropah itu, juga yang mampu memberikan nilai baru yang lengkap setanding dengan yang telah sedia ada dan telah popular di dalam masyarakat manusia, juga yang mempunyai program yang kemas kini, positif dan praktikal.

Firman Allah ;
Maksudnya : "Kamu [umat islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah." [Ali Imraan:110]


Petikan; TERJEMAHAN; "MA'ALIM FI TTARIQ : SYED QUTB"

No comments:

Post a Comment