Monday, May 11, 2009

~Azimat Ibunda~

Azimat Ibunda ; by Far East

Langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu bukan hanya di telapak kakimu
menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat...
mengisi relung hatiku.


" Kepada Ramlah hj Kuhi. Anaknda mohon seribu kemaafan yang tak terhingga, begitu besar pengorbananmu untuk membesarkan kami. Moga Allah meRahmatimu, sesungguhnya syurgaku ditelapak kakimu. Ya Allah, Engkau kasihi mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil..amin.;) ”

No comments:

Post a Comment