Tuesday, June 2, 2009

Mimpi matahari Siti Khadijah


SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.


Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab. Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.


Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.


Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut. Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini. Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu. Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".


Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi. Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"


merealisasikan impian


Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri. Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.


Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@ Munyaa untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira. Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad;

"Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"
Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".
"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.
Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"
Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.
Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"
"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.


Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira. Nabi Muhammad kemudiannya menyerahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib bagi mengaturkan pertemuan dengan keluarga Siti Khadijah dan sama-sama merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan ini. Wali perkahwinan Amar bin Asad merupakan bapa saudara malah ada yang menyebut Amar bin Khuwailid, iaitu saudara lelaki Siti Khadijah menjadi wali perkahwinan berikutan si bapa, Khuwailid seperti disebut dari awal tadi terbunuh dalam peperangan Fujjar.


Begitupun, sebenarnya dikatakan berlaku tentangan daripada keluarga Siti Khadijah apabila janda kaya ini memilih Nabi Muhammad sebagai pasangan hidup.
Malah sesetengah riwayat mencatatkan, tentangan paling kuat datangnya daripada bapanya sendiri, Khuwailid. Lantas bagi menjayakan perkahwinannya, Siti Khadijah dikatakan banyak memberi bapanya minum arak sehingga menyebabkan Khuwailid mabuk teruk dan tidak dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan Nabi Muhammad itu.


Akhirnya, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang tidak kurang meriah dan disambut oleh seluruh penduduk Mekah. Baginda dikatakan membayar mas kahwin sebanyak 20 bakrah atau 400 ratus dinar tetapi ada yang menyebut Khadijah menerima 20 ekor unta yang masih muda daripada suaminya itu. Episod perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah mungkin tidak akan berlangsung jika tidak berdasarkan alamat yang ditunjukkan oleh mimpi yang dialami oleh wanita itu.


Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.


Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muhammad.

Saturday, May 30, 2009

Dia kecik lagi..............Kita???

Petik2..http://sanggar-cinta.blogspot.com/ (Ust.Nabil n Kak Chik)

Sedang leka membelek computer riba lama saya ini, isteri saya terpandang satu artikel (kisah) menarik untuk sama-sama dimanfaatkan, walaupun saya tidak tahu dari mana sumber asal sumbangan ilmu ini.

Kisahnya begini …

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu? Agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya," jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"Sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan mungkin budak tu peluk je harimau tu," sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"Tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"Mestilah ustaz ..." balasnya.

"Anta minat durian tak?" saya bertanya.

"Uii! Suka sangat. Tu favourite saya," tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian.

"Macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"Tak lah ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap. Susu aje yang dia tahu sedap," jawabnya.

Itulah Jawapan

"Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT".

"Macam mana tu ustaz?" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini ...

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut! Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita:

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut. Tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu' dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Sedikit Bentuk Azab Allah di atas dunia

Ia tidak lain, tidak bukan kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Friday, May 29, 2009

..Kupu-Kupu Syurga..

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahua lam bissawab.

Wednesday, May 27, 2009

Innalillahi wainna ilaihira ji'un...

Inna-Lillahi-Wa Inna Ilaihi Raji'un (To Allah We Belong And To Him We Shall Return).


Ayah kepada Sahabat IPM (Akhi Sufian bin Supaat) telah kembali ke rahmatullah jam 1141 pagi tadi. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, Amin...

Al-Fatihah.



(1)بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(2)الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

(3)الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(4)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang menguasai di Hari Pembalasan

(5)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

(6)اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(7)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

الفاتحة
Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat )

Monday, May 25, 2009

~Kelebihan Diam~



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan > dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.


Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM


1.Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2.Perhiasan tanpa berhias.

3.Kehebatan tanpa kerajaan.

4.Benteng tanpa pagar.

5.Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.

6.Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7.Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.

(Riwayat ABU NAIM)


* Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.

(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)


* Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.

(Riwayat > AT-TARMIZI)


* Madah Dari Berdiam:


*BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

*MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH

*MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

*KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
Sekian, Wasalam.

Friday, May 22, 2009

Al-Fatihah...

Alhamdulillah...


Mudah-mudahan sehari lagi kita berada dalam keberkatan penghulu segala hari, insyallah.
Perginya seorang lagi mujahid pada pagi penghulu segala hari, subuh hari yang membawa seribu rezeki dan barakah insyallah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Inna-Lillahi-Wa Inna Ilaihi Raji'un (To Allah We Belong And To Him We Shall Return)
Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh, amin.
Al-Fatihah.

Thursday, May 21, 2009

Sedekahlah...

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintaiyang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya... !"


Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik.
ALLAH SWT itu MAHA KUASA.