Monday, July 20, 2009

Perutusan Syeikh Ahmed Yaseen


Perutusan Sheikh Ahmed Yaseen Ketika Sambutan Isra' wa al-Mi'raj 1424 H

Alhamdulillah, segala puji bagi ALlah swt, Zat yang mentadbir seluruh alam ini. Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah saw, ahli keluarganya serta para sahabatnya. Amma ba'du.

Hari ini, tepat 27 Rejab 1424 H. Tarikh ulang tahun penaklukan al-Quds oleh musuh-musuh Islam. Tarikh ini juga merupakan ulang tahun pembebasan al-Quds oleh Khalifah Umar al-Khattab. Bertepatan dengan ulang tahun peristiwa Isra' wa al-Mi'raj 1424 H ini, ingin saya memperingatkan kepada seluruh umat Islam dan bangsa Arab bahawa al-Quds merupakan Kiblat pertama kepada umat Islam. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk berdiri di belakang rakyat Palestin dalam usaha jihad membebaskan al-Quds dan Masjid a-Aqsa.

Saya melakukan seruan ini kerana al-Quds pada hari ini berada dalam keadaan yang cukup menyedihkan dan menuntut keprihatinan semua pihak. Atas alasan itu, kami merayu sokongan dan kerjasama daripada seuruh umat Islam supaya berganding bahu dengan kami bagi membebaskan kembali. Ini merupakan tanggungjawab wajib ke atas umat Islam tanpa pengecualian kerana al-Quds adalah bui yang menyaksikan peristiwa Isra' wa al-Mi'raj berlaku. Al-Quds adalah kiblat pertama umat ii.

Hari ini juga bertepatan dengan ulang tahun ketiga Intifadha al-Aqsa. Aksi jihad yang tidak pernah berhenti yang menuntut tertumpahnya air mata dan darah. Para syuhada' berguguran kerananya. Ramai rakyat Palestin telah di penjarakan kerananya. Hari ini, saya ingin menyampaikan salam perjuangan kepada seluruh bangsa Palestin tidak kira sama ada di wilayah Palestin yang dijajah, wilayah semenanjung Gaza, wilayah Tebing Barat, wilayah Palestin 1948 ataupun di seluruh dunia. Saya sampaikan salam ini kepada seluruh rakyat Plestin yang telah dan akan berkorban untuk membebaskan al-Quds. Bangsa Palestin merupakan bangsa yang sentiasa sabar dalam memikul amanah jihad ini. Bangsa Palestin perlu berkorban bagi memerangi penjajah yang merupakan kuasa tentera terkuat di dunia ini.

Kesempatan ini juga ingi saya gunakan untuk memberitahu semua pihak bahawa jihad merupakan satu-satunya jalan yang ada bagi membebaskan tanahair ini dan pastinya jihad ini menuntut pengorbanan para syuhada. Kami telah berjanji kepada Allah swt dan kepada seluruh bangsa Palestin bahawa kami sekali-kali tidak mengibarkan bendera putih. Kami akan terus berjuang sehinggalah kemenangan berjaya dicapai ataupun kami syahid.

Inilah janji kami. Inilah jalan pilhan kami walaupun kami meugkin terpaksa menghadapi pelbagai ancaman, serangan dan permusuhan daripada pelbagai pihak. Walaupun kediaman kami dirobohkan, anak-anak kami dibunuh, penempatan kami diserang dan dimusnahkan, kami tetap berada di pihak yang benar dan tetap merupakan pemilik yang sah kepada bumi Palestin

Kami akan tetap meniti jalan ini walaupunmemerlukan pengorbanan dan penderitaan yang panjang kerana kami amat yakin bahawa kemenangan itu akan tetap diberikan oleh Allah swt pada suatu hari nanti. Sesungguhnya Allah swt berkuasa di atas setiap sesuatu.

Sekian sahaja perutusan daripada saya kepada anda semua. Semoga Allah swt memberikan keampunan kepada kita semua. Ameen.