Thursday, October 29, 2009

Last Breath

...Could be me? or anyone...think about it!
Don't waste your time that can waste your life.

Song by ; Ahmed Bukhatir


From those around
I hear a cry

Oh God! Oh God!
My eyes are blind
Aaaaa... Aaaaa...

From those around
I hear a cry
A muffled sob
A hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul my Fly!

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then Last Breath escapes my lips
It's Time to leave and I must Go!

So it is true but it's too late
They said each soul has its Given Date
When it must leave it's body's core
And meet with it's Eternal Fate

CHORUS

Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to Heaven or Hell
Decide which now do NOT delay
Come on my brothers let us pray!
Decide which now do NOT delay!
Come on my brothers let us pray!
Decide which now do NOT delay!
Aaaaa... Aaaaa... Aaaaa... Aaaaa...

Oh God! Oh God!
I cannot see
My eyes are blind
Am I still me?
Or has my soul been led astray?
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew I knew it before
The line grew short
And came my Turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Wednesday, October 28, 2009

Kisah 3...

Assalamualaikum,

Insyallah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. ;)

Ceritanya begini...


Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor.

Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.


Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'.

Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.


Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... moga apa yang dapat saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Firman Allah SWT;

"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah." (Aali Imraan:110)


Tuesday, October 27, 2009

Next...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat lagi ana postkan kisah ke-2 ni, semuanya Allah punya kuasa... ;) .

Renungan kita tentang - IHSAN

IHSAN - Kata Jibrail kepada Nabi S.A.W;

"Jelaskan kepadaku apakah ihsan? Yakni Allah telah menciptakan manusia untuk menguji mereka, lalu Nabi SAW menjelaskan bahawa jalan Ihsan ialah amaran yang keras dan peringatan yang besar yang telah disebut, sabdanya;

Maksudnya:
"Al-Ihsan bererti kamu beribadah kepada Allah dengan keimanan dan penyerahan diri seolah2 kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak melihat-Nya, Sesungguhnya Dia memerhatikan kamu".

Firman Allah SWT; Maksudnya ;
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (surah Qaf:18)

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya).

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

.....bersambung....moga esok lebih baik dari hari ini :)

Monday, October 26, 2009

Allah Maha Mengetahui :)

Assalamualaikum...

ikutilah beberapa kisah menarik dan tertarik dibawah ;)

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang Dan memberi derma.

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

.....bersambung...... :)

Thursday, October 22, 2009

Al-Fatihah...

22 Oktober 2009, 6.20 pagi: Setelah 15 hari bertarung dengan kesakitan di ICU, dia kembali bertemu Allah yang menciptakan.

Dia pergi bersama cinta mama dan babanya yang baru 3 bulan 18 hari menumpahkan kasih mereka buat si permata hati. Nur Fatimah, damailah dirimu di sana. Nantikan Ummi wa Abimu di pintu Syurga...


Hidupnya insan
Tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi

Tanah perkuburan kita bersemadi


Ya Tuhan.... Ya Allah....ya rahman....

Ampuni kami

Mayat terbujur telahdikafan
Dibawa pergi sanak saudara

Di kubur tempat akhirpesanan

Tinggal di dalam gelapgelita

Ya tuhan... Ya Allah...ya rahman
Ampunilah kami


Talkin dibaca ingatan diberi

Kepada semua yang hidup lagi
Jadikanlah tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

*peringatan buat DIRIKU yang lupa*

Buatmu Sang Penuntut Ilmu...

Wahai penuntut dan pemburu ilmu...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sungguh engkau telah memilih jalan yang terbaik dalam hidupmu, iaitu menuntut ilmu... jalan menuju syurga.

Wahai sang penuntut ilmu : Sesungguhnya ilmu adalah yang memberi manfaat bukan dihafal. Wahai sang penuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu di masa Salafussolehin dahulu, badan mereka terlihat kurus kerana menuntut ilmu yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., mereka berkelana siang dan malam, mereka menuntutnya demi redha Allah. Setiap mereka berjaga demi mencari dan menuntut ilmu yang mulia ini. Mereka menggunakan malam untuk meristimbat, mensyarah hadith, fikih, atau ayat Allah.

Wahai penuntut ilmu, Allah telah memberimu potensi(kemampuan), kesempatan, kemahuan dan jalanmu telah dimudahkanNya untuk itu. Maka, manfaatkanlah ia sebaiknya. Wahai penuntut ilmu, jika engkau ingin mendapatkan dan menjaga ilmumu, maka dekatkanlah dirimu dengan Allah, maka Ia akan memberikan dan menjaganya untukmu. Sebagaimana firmanNya;

"dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu." (Al-baqarah : 282)

Waki' bin Jarrah pernah ditanya: Dengan apakah kita menjaga ilmu? Ia menjawab: Dengan meninggalkan maksiat.

Syafie bertanya kepada gurunya Waki':

Aku mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalanku.
Maka ia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat.
Ia memberitahu aku bahawa ilmu itu adalah cahaya, dan
Cahaya itu tidak akan diberikan Allah kepada orang yang suka maksiat.

Wahai penuntut ilmu : Sesungguhnya menghafal kitab Allah dan sunnah RasulNya adalah pekerjaan yang paling mulia. Namun disana ada pekerjaan lain selain menghafalnya, iaitu mengamalkan apa yang engkau hafal, agar ia bermanfaat bagimu didunia dan akhirat.

Wahai penuntut ilmu : Sesungguhnya apa yang engkau terima dan pelajari setiap hari di kelas memberimu dua kemungkinan. Jika engkau mengamalkannya maka ia menjadi keuntungan dan penolong, dan dan penuntun bagimu menuju syurga. Tapi jika tidak, maka ia akan menjadi bumerang, kerugian, dan penuntun bagimu menuju neraka jahannam.

Mari berlindung kepada Allah dari kehidupan yang merugi...iaitu kehidupan orang yang ilmunya bertambah tapi tidak bertambah takut dan takwanya disisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.;
"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami(pengetahuan tentang isi Al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan(sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat." (Al-A'raaf:175)

Lebih baik jadi orang bodoh daripada berilmu tanpa amal. Lebih baik jadi orang dungu daripada pintar tapi jauh dari hidayah Tuhan. Kepintaran tanpa hidayah hanya akan menceburkan anda ke neraka.

Nauzu billah.

Semoga Allah s.w.t membekali taqwa, hidayah, dan cahaya bagimu wahai sang penuntut ilmu, dan semoga Ia menghimpun kita sekalian bersama orang-orang soleh.

Thursday, October 15, 2009

Penyakit : Sibuknya, Hebatnya


Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.

Nabi s.a.w bersabda :-

ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )

Ada yang terdetik di sudut hatinya.

"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.

Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.

Ada yang terdetik :

"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."

Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.

DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL

Lagi detikan :-

"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"

Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :

"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"

PALING ALIM

Selain dari itu, ada yang terdetik :

"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"

Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-

وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )

Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-

كل الناس أفقه من عمر

Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )

Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-

أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره

Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )

Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi. Sila baca bab tersebut di sini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net